Isnin, 17 September 2012

SEANDAINYA

Masing-masing enggan meluahkan isi hati. Hanya bahasa tubuh dan bicara tersirat yang memainkan peranan. Areena tidak berani membuka pintu hatinya untuk Wan Zaharris. Bimbang dirinya akan dikecewakan sebagaiman Zaharris Arman menghancurkan hatinya berderai berkeping-kepingan. Wan Zaharris pula bersenda di dalam kata-kata seriusnya terhadap Areena, berharap gadis itu bisa membaca apa yang tersirat di dalam hatinya. Ke manakah sudahnya hala tuju perhubungan ini?

Pertemuan di dalam komuter menjadi bibit memori yang indah buat Shamsul Azhar. Redup mata Areena mengganggu ketenangan kolam hatinya. Jejaka pemalu ini di dalam diam mengharapkan pertemuan seterusnya biarpun masing-masing pernah hampir disatukan.

Tatkala Zaharris Arman menagih kembali cinta Areena, Wan Zaharris muncul sebagai perwira yang melindungi Areena dari sebarang ancaman kehancuran hati buat kali kedua. Tatkala Areena bersedia menerima kehadiran Wan Zaharris dengan hati yang terbuka, takdir penentu segala-galanya mengambil tempat.

Seandainya Areena membuka pintu hatinya terhadap Wan Zaharris... seandainya Wan Zaharris berterus terang dengan Areena... seandainya takdir tidak wujud di antara mereka berdua, apakah dua insan ini akan beroleh kebahagiaan yang hakiki?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 29
SABAH & SARAWAK: RM 32

Ahad, 16 September 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU ISTERIKU

Atas dasar cinta, Addam dan Qistina kahwin lari di Siam. Belum pun sempat melayari hidup sebagai suami dan isteri, Jeneral Malik telah membongkar identiti sebenar Qistina.

Hidup Addam mula kucar-kacir apabila ibunya mendesak dia mengahwini Melyna. Qistina pula merelakan perkahwinan Addam dan Melyna.

Dengan hati yang separuh rela, Addam telah memilih Qhusyairi untuk dijodohkan dengan Qistina.

Bahagiakah Addam dan Qistina melayari kehidupan masing-masing bersama insan yang tidak dicintai?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 36
SABAH & SARAWAK: RM 39

JAUHARI HATIKU

Nur Farisa Othman... gadis yang hidup di pinggir kota. Berwajah cantik menawan, serta penuh dengan sopan santun membuatkan ramai lelaki ingin mendampinginya. Namun ditolak dengan alasan ingin menumpukan perhatian pada pelajaran.

Ketika Farisa bekerja di syarikat terkemuka negara, dia bertemu dengan Daniel McCormick (duda beranak satu), anak kepada Micheal McCormick iaitu pengerusi syarikat berkenaan. Hubungan staf dan bos yang terjalin di antara mereka membibitkan rasa cinta di hati Daniel. Namun perasaan itu dikekang demi bersikap profesional.

Di dalam kekalutan membesarkan Samantha, Daniel menyerahkan tanggungjawab menjaga anaknya kepada Farisa. Anak kecil yang comel itu telah menjadi penyambung kasih di antara mereka berdua. Bibit cinta terus mekar dalam diam.

Kemunculan semula Angela yang menuntut hak penjagaan terhadap Samantha telah membuatkan hidup Daniel kucar-kacir sekali gus.

Pelbagai onak dan duri kehidupan harus ditempuhi oleh Daniel dan Farisa untuk terus berada di samping orang tersayang. Namun... berjayakah Farisa bertarung nyawa dengan kesakitannya itu untuk bersama dengan jauhari hatinya?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 19
SABAH & SARAWAK: RM 22




ASMARA SERIBU CINTA

"Asmara Seribu Cinta" atau ASC memaparkan kisah-kisah kehidupan golongan remaja dan dewasa masa kini di mana sebahagian daripada golongan ini lebih mementingkan kehidupan yang penuh glamor.

Pertembungan antara tiga watak utama iaitu Jebat Iskandar, Puteri dan Dian di dalam dunia modeling yang penuh dengan pancaroba.

Komflik ASC terjurus di dalam kehidupan mereka bertiga di mana masing-masing berada di persimpangan jalan (cross road) antara norma kehidupan dan percintaan. Bagaimana mereka berjaya mengatasi atau mengharungi perjalanan seterusnya atau adakah mereka terhenti di persimpangan tersebut?

Dapatkan novel ASC segera untuk mengetahuinya.

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 19
SABAH & SARAWAK: RM 22

TANPAMU DI SISI

"Andai cinta itu bukan milikku... aku relakan engkau pergi. Namun, jika engkau sememangnya ditakdirkan untuk aku... jangan biarkan aku ditinggal sepi!"

Manusia biasa seperti Irma Julita mempunyai hati yang kepingin bercinta dan dicintai. Namun, ada segunung rasa yang amat digeruni oleh Irma. Apa akan terjadi andai kisah hitam keluarganya diketahui? Mahukah keluarga Syed Herizal menerimanya nanti?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 18
SABAH & SARAWAK: RM 21

KEA

"Terima kasih sebab jaga abang dengan baik..."

"Terima kasih juga sebab abang izinkan Kea untuk jaga abang..."

"Terima kasih sebab jadi isteri yang terbaik untuk abang..."

"Terima kasih juga sebab jadi suami yang terbaik untuk Kea..."

"Terima kasih untuk malam tadi..."

Erk! Tiba-tiba Kea jadi tak tentu arah. Maluuu!

"I love you..." Sekali lagi kata-kata keramat itu keluar dari mulut Haikal.

Kea ssenyum sendiri. Dipandangnya muka Haikal dan kemudian mereka sama-sama tertawa.

Benar kata orang, berdua biasanya lebih baik daripada seorang diri. Kea dan Haikal merupakan pelengkap di antara satu sama lain. Kea datang sebagai pelangi bagi menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sebagai ombak untuk menghilangkan pantai kesunyian Kea.

Namun, dugaan tiba untuk menguji keutuhan mahligai syurga yang sedang mereka bina. Dugaan yang tidak pernah mereka sangka!

"Haikal menghidap kanser otak." - Doktor Yusoff.

"Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku!" - Zarif Zaquan.

Tetapi bagi Kea, dia bukan hidup untuk menyerah kepada takdir semata-mata.

"Jika I diberi peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Yang Maha Pencipta mengenai you, ianya adalah, 'adakah you ditakdirkan untuk I?'. Jika Dia berkata ya, I akan mencintai you dengan sepenuh hati I. Tapi jika Dia berkata tidak, I akan terus mencintai you sehingga Dia setuju untuk menyatukan kita berdua." - Kea Alyissa.

Adakah Yang Maha Pencipta akan menjawab 'YA' kepada soalan Kea? Mampukah Kea dan Haikal hidup bahagia hingga ke syurga?

"Kun... fayakun." Semua boleh berlaku dengan izin-Nya.

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 27
SABAH & SARAWAK: RM 30

KASIH VILA CINTA

TERATAK KILAU... segah namanya. Di dalamnya terhimpun pelbagai cerita suka, duka, misteri malah pembunuhan paling kejam yang masih tersimpan rapi bersama perginya mereka yang menghuni satu per satu. Ia bagaikan satu sumpahan kepada mereka yang menyebutnya dan satu kematian bagi mereka yang cuba menyelongkar rahsianya.

Hanya kerana satu rombongan pelajar UPM 'berkampung' di vila yang dikenali sebagai Teratak Kilau, sumpahan terhadap mereka yang menghampiri vila tersebut benar-benar terjadi. Satu, satu nyawa telah diragut dan ini menguatkan tanggapan penduduk di situ bahawa Teratak Kilau sememangnya berpuaka!

Faliq yang tidak mempercayai bidaah tersebut nekad untuk membongkar misteri Teratak Kilau bersama-sama dengan Halizam, Acap, Jati, Kelam, Fauzan (yang 'Ayu), Ilya, Getrude, Fitrina dan Ajue.

Penemuan sebuah terowong rahsia di Teratak Kilau membawa mereka ke sebuah kisah cinta dan misteri yang pernah berlaku di vila tersebut suatu waktu dahulu...

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 20
SABAH & SARAWAK: RM 23

KAPAL TERBANG KERTAS

Suriani tegar melarikan diri ke Kuala Lumpur demi menyelamatkan masa hadapannya dari musnah di tangan lelaki tua miang yang berharta di kampungnya. Dia rela dirinya hanyut dibawa nasib mengenangkan cita-citanya untuk menjadi tentera udara bersama Mahadi tidak kesampaian.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Nasibnya baik kerana bertemu secara tidak sengaja dengan Ian Emran yang membantunya mendapatkan pekerjaan setelah dia dipecat dari sebuah restoran. Bertugas sebagai pembantu Ian Emran telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Marina, sahabat karib Ian Emran yang telah tujuh tahun setia di sisi lelaki itu. Begitu juga dengan beberapa kakitangan wanita lain di pejabat hingga menimbulkan gosip tidak baik ke atas dirinya.

Lantas, Ian Emran yang mula menaruh hati terhadap Suriani segera menyuntingnya sebagai suri di alam rumahtangga. Sepanjang tempoh pertunangan mereka, pelbagai dugaan dan cabaran harus dihadapi kerana Marina yang mendambakan cinta Ian Emran sentiasa menggugat kepercayaan Suriani terhadap Ian Emran.

Tatkala jiwa Suriani berperang sesama sendiri Mahadi muncul kembali, ingin mengotakan janji-janjinya terhadap Suriani untuk membawanya "terbang" bersama. Suriani tersepit di antara tunangnya, Ian Emran dan kekasih lamanya, Mahadi.

Ke manakah haluan hidup Suriani? Ke manakah kapal terbang kertas akan membawanya terbang pergi?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 16
SABAH & SARAWAK: RM 19

MENCARI JALAN KE SYURGA

Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki, memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza. 

Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.

Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 19
SABAH & SARAWAK: RM 22

SEMARAK CINTA

'Buaya darat terlaris', itulah gelaran yang diberikan rakan-rakan kepada Adi Hamidi kerana sikap kasanovanya. Teman-teman wanitanya hanya dianggap sebagai teman untuk bergembira. Tidak pernah ada sedikit pun rasa cinta yang terbit daripada perkenalannya dengan teman-teman wanitanya kini setelah dia dipermainkan oleh bekas kekasihnya. Akibat kecewa dengan cinta pertama, dia menghukum semua wanita dengan menganggap bahawa cinta suci seorang wanita tidak pernah wujud.

Lantaran sikap kasanovanya itu membuatkan Kapten Mohamad, ayah kepada Adi Hamidi terpaksa campur tangan dalam hal perkahwinannya. Memandangkan umurnya yang sudah meningkat, Kapten Mohamad membuat keputusan untuk mengatur perkahwinan Adi Hamidi dengan anak rakan baiknya yang telah lama terpisah.

Demi kasih sayang dan rasa tanggungjawab kepada kedua ibu bapa telah mengikat Adi Hamidi dan Nur Alia dalam satu ikatan pernikahan tanpa rasa cinta dari kedua-dua belah pihak. Walaupun begitu, Nur Alia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dia cuba menjadi seorang isteri yang terbaik kepada Adi Hamidi sekali gus berusaha untuk menghapuskan tanggapan buruk dan melunturkan ego sang suami dengan cinta dan kesetiaan yang ditunjukkannya.

Tanpa disedari, perasaan sayang kepada isterinya semakin hari semakin terserlah. Namun, ada sahaja dugaan yang melanda setiap kali mereka baru sahaja mahu mengecapi rasa bahagia. Ada sahaja pihak yang iri hati dengan kebahagiaan yang baru sahaja mahu menunjukkan sinarnya. Dapatkah mereka mengharungi semua dugaan ini?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 20
SABAH & SARAWAK: RM 23

DAN MIMPI PUN BERSATU

"Ku cari... Cinta yang tak pernah melukai... Cinta yang tak pernah memungkiri kata hati.."

Seorang srikandi cinta dan seorang putera dipertemukan di Bentara lantas memahat satu episod perjalanan yang penuh liku dan ranjau.

Sifat manusia yang rakus dengan keduniaan, yang tamak kuasa, yang dahagakan kemewahan menarik kisah mereka ini dalam perjalanan mencari kebenaran. Dan, akhirnya mimpi pun bersatu."


HARGA:
SEMENANJUNG: RM 21
SABAH & SARAWAK: RM 24

BIARLAH YM BERBICARA

Abang Kamal... Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati...

Encik Firdaus... Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi...

Charming... Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata.

Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu...

Aku... Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini...

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 20
SABAH & SARAWAK: RM 23

AIR MATA CINTA

Novel "Air Mata Cinta" mengisahkan Sapura yang terasa dirinya tertipu oleh suaminya, Badrul setelah Badrul berkahwin lain dalam diam-diam. Dalam kesedihan dan kekecewaan yang amat sangat, Sapura mengambil keputusan melarikan diri. Dia menyembunyikan rahsia kehamilannya daripada pengetahuan Badrul. Konflik bermula apabila Badrul dipenjarakan atas kesalahan rasuah dan Sapura menuntut cerai setelah anaknya besar. Untuk kesudahan cerita ini, sila langgannya melalui kedai atau pos.

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 18
SABAH & SARAWAK: RM 21

LOVIN' YOU

Kira yang digelar 'putera' di sekolahnya bersikap dingin kerana memendam perasaan akibat cita-citanya untuk menjadi pemain piano profesional telah ditentang habis-habisan oleh ayahnya. Ayahnya mahukan dia meneruskan legasi perniagaan keluarga mereka yang berkembang pesat di seluruh dunia. Kira hampa kerana mendiang datuknya yang mencintai muzik pernah memberikan galakan kepadanya untuk bermain piano. Sementelah, kawan karibnya sejak kecil iaitu Setsuna telah berjaya menjadi bintang pujaan ramai dan mendapat sokongan padu daripada keluarganya.

Perjalanan hidup Kira berubah dengan kehadiran Kotomi. Kotomilah satu-satunya gadis yang berani memarahinya dan membuka matanya tentang warna warni kehidupan di dunia ini. Dengan dorongan dan sokongan yang diberikan, Kira mula membuka hatinya terhadap kemanisan hidup bercinta dan keindahan melodi simfoni yang beralun dari piano.

Namun... kecelakaan yang menimpa Kira telah mengubah kisah mereka berdua.

Bagaimanakah mereka mengharungi badai takdir yang menghempas mereka? Berjayakah mereka mengharunginya bersama-sama?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 18
SABAH & SARAWAK: RM 21

Sabtu, 15 September 2012

REMBULAN BERDARAH

Dia tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat sang puteri di dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.

NAMUN mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

PENGANIAYAAN demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya, Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.

APAKAH dia perlu meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 24
SABAH & SARAWAK: RM 27

KASIH PUN BERSATU

Kasih Pun Bersatu... karya terbaharu Izza Aripin ini menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian.

Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangkakan sebagai cinta monyet sahaja. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran.

Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul semula untuk menuntut janji, sekali gus merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris.

Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin. Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran.

Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi.

Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa dirinya... Zarul hanyut dalam delusi...

Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 24
SABAH & SARAWAK: RM 27

YOU NI AYAT-AYAT JIWA

Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah yang dirasakan oleh Ery dan Yun saat cinta mereka terbelah dua. Di saat hati saling terpaut, telah ada insan yang telah setia menanti kehadiran mereka.

Hendak diceritakan kepada siapa yang boleh dipercaya tentang perasaannya ketika ini? Hendak berkongsi juga tidak tahu bagaimana hendak dimulakan segala yang berlegar di benaknya. Maka terpaksa dibiarkan sahaja berlalu tanpa suara dan tanpa tindakan sewajarnya. Perasaan itu kalau dibiarkan pasti ada hati yang terluka. Lebih teruk ada jiwa yang akan terseksa. - Ery

Di sana si dia menunggu cuma jaraknya jauh, ikhlasnya sudah pasti tetapi jauh itu mengundang rindu yang menusuk kalbu. Di sini bermain di mata, dekat jaraknya terlalu hampir tetapi hendak dipeluk takut ia terus lari menjauh dan terus menjauh lagi lalu pergi. - Yun

Mampukah mereka meluahkan yang terbuku? Bercantumkah hati-hati mereka? Hanya mereka yang berhak menentukan pilihan hati mereka.

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 19
SABAH & SARAWAK: RM 22

BUNGA SYURGA

Pencarian cinta dan kasih sayang yang didambakan oleh Nurul Hijjaz terhadap Riffki dan datuknya membawanya ke jalan yang berliku dan penuh dengan ranjau.

Riffki yang telah kehilangan cintanya akibat peristiwa pengeboman di Bali telah berubah kepada seorang yang dingin. Cinta di hatinya telah mati bersama Nurlaila.

Kemelut persahabatan di antara Datuk Amiruddin Bakri dan Megat Hazmin Iskandar turut mengheret Riffki dan Nurul Hijjaz ke kancah penderitaan.

Siapakah Riffki sebenarnya? Apa kaitannya dengan Nurul Hijjaz? Mengapa mereka dipertemukan?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 23
SABAH & SARAWAK: RM 26

INTAN DELAILA

Tajuk novel ini diambil sempena nama watak utamanya iaitu "Intan Delaila" atau singkatannya ID. ID dikarya oleh novelis yang sudah tidak asing lagi di dalam persada novel tanah air, Siti Rozilah. Beliau pernah menghasilkan beberapa buah novel yang mendapat sambutan positif di kalangan pembaca novel tempatan.

ID berkisarkan tentang perjalanan hidup Intan Delaila yang penuh dengan liku sejak di bangku sekolah sehinggalah ke alam dewasa. Pun begitu, Intan Delaila sanggup bersabar apabila teman karibnya sendiri, Camelia merampas kekasihnya.

Payah kita nak jumpa insan sesabar Intan Delaila di dunia nyata sekarang kerana walau asyik diderhakai oleh Camelia, Intan tetap bersabar. Untuk mendapatkan jawapan selanjutnya, sila baca novel ID hari ini juga.

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 19
SABAH & SARAWAK: RM 22

DIA SEGALANYA

Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Faridah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.

Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.

Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik seperti mana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.

Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.

Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?

Kala hati begitu mencintai... semakin ku pasti dia tidak mungkin ku miliki. Semakin ku ingin terus menghampiri... semakin jauh dia melangkah pergi...

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 37
SABAH & SARAWAK: RM 40


GERHANA HATI LARA

Gerhana Hati Lara atau singkatannya GHL memaparkan kisah konflik yang biasa berlaku dalam masyarakat kita hari ini yang merangkumi konflik keluarga, persahabatan dan percintaan. Kesan daripada konflik ini telah menyebabkan watak utama yang bernama Fatini terasa dirinya sentiasa hidup dalam gerhana yang tiada penghujungnya. Di tambah pula 'pemergian' insan-insan yang amat disayanginya membuatkan hati makin lara. Meskipun Fatini pernah mengecapi kebahagiaan namun ia hanya sementara. Dia dihina dan disakiti sejak usianya kecil lagi. Untuk mengetahui selanjutnya, sila dapatkan GHL hari ini juga untuk mengetahui bagaimana Fatini mengharungi hidupnya yang penuh pancaroba.


HARGA:
SEMENANJUNG: RM 18
SABAH & SARAWAK: RM 21

Jumaat, 14 September 2012

AWANG VAMPIRO

Siapa kata vampire hanya wujud di dunia Barat sahaja? Buktinya, Awang anak jati negeri Melaka yang menyaksikan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis telah bertukar menjadi vampire setelah digigit oleh laksamana perang Portugis bernama Cassius. Awang telah mengembara ke seluruh  pelosok dunia dan pulang semula ke tanah air, menyaksikan pembangunan pesat Malaysia tercinta. Bersama sahabat karibnya, Kasturi (yang telah bertukar menjadi orang minyak) mereka harus menyelamatkan umat manusia daripada cengkaman makhlus ganas bernama Daevas. Persoalannya, bolehkah vampire dan orang minyak menyelamatkan umat manusia? Naskhah yang wajib dimiliki untuk menjawab segala persoalan yang timbul.


HARGA:
SEMENANJUNG: RM 19
SABAH & SARAWAK: RM 22

SETEGUH KASIH AINA NAJIHAH

Aina Najihah membesar di rumah anak yatim. Apabila dewasa, Aina Najihah menyimpan perasaan cinta terhadap Ameer Mulhim, ketua warden di asrama anak Darul Fikriyah. Biarpun sering bertemu, mereka tidak pernah mengungkap perasaan masing-masing. Dalam masa yang sama Aina Najihah bekerja di sebuah hotel yang ditadbir oleh Encik Khairul. Encik Khairul tidak senang dengan Aina Najihah yang merupakan pekerja kesayangan ibunya. Aina Najihah telah dipecat dari jawatan Ketua Pegawai Pemasaran kerana fitnah. Dia bagai jatuh ditimpa tangga apabila Ameer Mulhim bertunang dengan wanita lain. Dalam masa yang sama, Aina Najihah didatangi seorang mak cik yang mengaku pernah memelihara Aina Najihah semasa kecil. Mak cik itu memulangkan seutas rantai lama kepada Aina Najihah kononnya rantai itu milik ibu Aina Najihah. Sejak dari hari itu, Aina Najihah sering mengalami mimpi yang pelik. Dia sering sakit. Bagaimana Aina Najihah melalai dugaan yang menimpanya?

Pelbagai konflik serta isu percintaan, kemasyarakatan, kerjaya dan misteri yang melanda Aina Najihah Binti Abdul Fattah. Selamat membaca.

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 19
SABAH & SARAWAK: RM 22

BAJU PENGANTIN MAK ANDAM

Pertembungan empat mata di antara Aleeya (mak andam 'terjun') dan Zain (pengapit pengantin lelaki) telah mengundang sebuah persahabatan yang unik tetapi kelakar.

Aleeya yang bersifat 'kerek' tetapi jujur dengan kata-katanya telah berjaya mencuit hati Zain.

Zain cuba untuk membawa hubungan mereka lebih jauh, namun Aleeya 'blur'. Maka Zain cuba mengikut rentak yang dimainkan oleh Aleeya dengan harapan dapat menjinakkan si pujaan hati.

Tatkala Aleeya mula membuka pintu hatinya untuk menerima Zain, Azizul muncul semula. Hidup Aleeya semakin berserabut apabila Lily, isteri Azizul merayu kepadanya supaya melupakan Azizul, sedangkan Azizul terus-terusan menagih semula cintanya.

Satu insiden yang mencurigakan di antara Aleeya dan Azizul telah menghancurkan kepercayaan Zain terhadap Aleeya. Lalu Zain membawa diri untuk mengubati luka di hati.

Dua tahun mereka terputus hubungan, namun masing-masing separuh gila merindui di antara satu sama lain.

Siapakah yang boleh menyambungkan semula hubungan Aleeya dan Zain? Merasakah mak andam menyarungkan baju pengantin ke badannya? Ikutilah rentetan perjalanan kisah cinta Aleeya dan Zain yang penuh dengan dialog 'kerek' dan lucu ini.

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 18
SABAH & SARAWAK: RM 21

SANGKAR CINTA

Dek telah termakan budi dengan Dato' No'man yang memeliharanya sebagai anak kandung, Reza rela menggantikan dirinya mengahwini Azril apabila kakak tirinya, Zumera bertindak melarikan diri pada hari perkahwinannya. Azril yang beranggapan Reza sebagai 'pemain simpanan' telah menetapkan peraturan, bahawa mereka akan berlakon sebagai pasangan suami isteri di hadapan Dato' No'man hingga tiba waktu yang sesuai untuk berpisah. Reza yang pasrah menerima sahaja ketetapan peraturan itu.

Azwan yang baru pulang ke tanah air usai menamatkan pengajian di luar negara patah hati menerima berita perkahwinan Reza. Dia menjeruk rasa dengan menerap di rumah hingga menimbulkan keresahan di hati ibunya. Mujurlah Reza memberikannya secebis semangat, pemangkin untuknya bangkit semula, menjalani hidup ini.

Sekali bah, sekali pantai berubah. Azril mula menyayangi isterinya kerana kelembutan dan kesopanan Reza meladeni kerenahnya.

Badai takdir mula melanda apabila Zumera muncul semula untuk menghancurkan rumahtangga Reza. Zumera yang mendendami Reza sejak ayahnya mengahwini ibu Reza tega menggunakan cara kotor untuk mendapatkan semula Azril. Dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan hati Reza hancur kerana dia cemburukan gadis itu akibat ayahnya yang lebih menyayangi Reza berbanding dirinya, anak kandung Dato' No'man.

Bagaimana kesudahan pancaroba yang harus ditanggung oleh Reza? Bagaimana pula dengan nasib Zumera, wanita cantik berhati busuk itu? Dapatkah dia merebut semula cinta Azril? Berjayakah dia menghancurkan hati Reza? SANGKAR CINTA bakal meleraikan segala persoalan yang ada... !

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 16
SABAH & SARAWAK: RM 19

AKHIRNYA KUTEMUI

Kegagalan lalu banyak mengajar Mir erti ketabahan. Mengapa di saat dia akan mengecapi kebahagiaan yang diimpikan, hatinya pasti dilukai?

Kegigihannya selama ini memang berbayar dengan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi di dalam kerjaya. Daripada seorang yang tak punya apa-apa, kepada seorang yang berpengaruh di MIH Holdings.

Namun, mengapa dia sering gagal di dalam percintaan? Di saat ada jiwa yang mahu mengisi kekosongan hatinya, dia pula yang tak punya rasa untuk menyambut salam bicara. Di kala dia mengimpikan insan yang diminati, lain pula yang terjadi.

Gagal dan terus gagal yang mengundang tragis di dalam kehidupannya. Lalu, dia membawa hati jauh dari bumi tempat tumpah darahnya.

Namun begitu, janji Tuhan tidak pernah dimungkiri. Setiap titis air mata, setiap derita dan sengsara yang ditempuhinya pasti akan membawa kebahagiaan di penghujungnya. Siapakah insan yang tulus menerimanya? Bilakah dan di manakah akan ditemui insan itu?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 15
SABAH & SARAWAK: RM 18

SIAPAKAH DI HATIKU

Miera Eliani... mengharapkan jawapan cinta daripada kekasihnya Haikal yang telah menghilang tanpa khabar berita. Pertemuan Miera dengan Megat Shahrizal, CEO syarikat dia bekerja membuatkan dia terhumban ke dalam dunia cinta Shah.

Secara kebetulan, ibu Shah dan mama Miera adalah sahabat baik yang telah lama terpisah dan kini bertemu kembali. Perhubungan rapat di antara Shah dan Miera mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga. Malangnya, hati miera masih mendambakan kata putus Haikal. Tidak dapat disangkal Miera juga menyenangi Shah yang banyak membantunya dan ikhlas menerimanya walaupun dia sedikit kasar dan bersikap tomboy.

Dek keinginan ibu masing-masing, Miera akur dengan kehendak mereka untuk membina mahligai rumahtangga dengan Shah. Ini menyebabkan Miera terpaksa berhadapan dengan keegoaan dan sifat cemburu yang keterlaluan Shah saban hari sepanjang tempoh pertunangan mereka. Pertemuan semula Miera dengan sahabat baiknya, Jay Jay telah menimbulkan sedikit salah faham di hati Shah.

Setelah lama Miera hidup tanpa bayang-bayang Haikal, lelaki itu tiba-tiba muncul semula dan kembali menagih kasih daripada Miera... Dengan kewarasan diri yang ada, Miera harus membuat keputusan sekaligus akan mempengaruhi tentang siapakah yang bakal bertakhta di hatinya kelak...

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 18
SABAH & SARAWAK: RM 21



Rabu, 12 September 2012

COKE AND SUNDAE II

Kisah dari alam percintaan dibawa hingga kisah berumah tangga. Kalau dulu Coke dan Sundae bertegang urat dan bermusuhan kini mereka sudah duduk sebumbung. Kini Azyan sudah bergelar isteri kepada Doktor Muhammad Syakir kobea.k.a cicak kobeng. Rumah tangga mereka bertambah serinya setelah mempunyai cahaya mata tanda ikatan kasih mereka, Ameerul Hasif yang keletahnya memang memeningkan kepala pasangan suami isteri itu.

Ingatkan aman sampai ke tua, rupa-rupanya ada juga ujian untuk Azyan dan Syakir. Dalam dok tengah syok layan kerukunan rumah tangga, mereka menjadi kalut dengan kehadiran Katrina Kaif a.k.a Kareena Kapoor yang menggoda suami kesayangan Azyan, Syakir. Si Katrina ni siap main bomoh Mak Esah sebab sudah tergila-gilakan Syakir. Huh! Dahsyat perempuan tu. Habis haru-biru kehidupan Azyan dek penangan Kareena Kapoor celup tu. Azyan tak puas hati. Lelaki kemain ramai dalam dunia ni, tapi Si Syakir juga yang jadi pilihan perempuan seorang itu. Lebih menghuru-harakan keadaan yang sememangnya sedia kalut itu apabila Syakir mengatakan yang dia mahu bernikah dengan Katrina pula. Azyan macam nak pengsan!

Hati Azyan berlagu walang. Dalam tengah bersedih hati memikirkan si suami bakal menikah lagi satu, muncul pula Encik Ikhwan dan Zaril yang kacau daun, konon-kononnya mahu menjadi penghibur lara di hati Azyan. Boleh pula jadi macam ni ye?

Tetapi, apa yang pasti Ameerul tidak rela berbapa tiri dan bermak tiri. Hmm... Azyan, Syakir pandai-pandailah korang settlekan masalah ini.

Syakir : "Sumpah! Abang memang minat pelakon Kareena Kapoor tu tapi abang tak minat Katrina Kaif."

Azyan : "Samalah tu, dua-dua pelakon Hindustan! Hantar Yan balik rumah ayah!"

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 22
SABAH & SARAWAK: RM 25

BAHANG SELATAN

Dia tidak pernah memilih sendiri simpang mana yang hendak diselusuri sepanjang hidupnya sehingggalah pilihan tersebut akhirnya membawa dia ke jalan yang paling berliku....

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 19
SABAH & SARAWAK: RM 22

INGIN KUSENTUH CINTAMU

Ingin Kusentuh Cintamu... karya sulung penulis baru, Aryanie Ismail ini mengisahkan "adventure" perjalanan hidup Haniza yang secara tidak sengaja terseret ke dalam kancah perebutan harta keluarga Amanda, si kecil yang masih mentah mengharungi pancaroba kehidupan.

Dia yang telah diwasiatkan oleh arwah Ratna (ibu Amanda) untuk menemukan Amanda dengan bapa saudaranya yang telah lama terputus hubungan, iaitu Iskandar rela melepaskan jawatan yang disandangnya sebagai guru semata-mata untuk memastikan keselamatan Amanda terjamin. Nasibnya baik kerana berjaya menemukan Amanda dengan Iskandar, tetapi dengan satu syarat : Haniza WAJIB tinggal sebumbung dengan Iskandar kerana pemuda itu terlalu sibuk dengan kerjayanya dan tidak betah meladeni Amanda.

Haniza yang sayangkan Amanda rela dalam terpaksa bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh Iskandar, lelaki berhati batu pada pandangannya. Iskandar pula terpaksa bersikap dingin dengan Amanda dan Haniza kerana dia tidak mahu merasai betapa sakitnya jika kehilangan orang yang disayangi.

Dalam masa yang sama, Iskandar terpaksa berhadapan yang Fairuz - adiknya yang ingin membolot kesemua harta Amanda. Dapatkah Iskandar menjamin keselamatan Amanda yang disayangi dan Haniza yang telah berjaya mencuri hatinya? Berjayakah Iskandar mencari bukti pembunuhan bapa Amanda, yang juga abangnya? Siapa yang membunuh bapa Amanda?

INGIN KUSENTUH CINTAMU bakal membawa anda ke alam cinta yang menggetarkan jiwa....

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 18
SABAH & SARAWAK: RM 21

MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang telah terpatri?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 34
SABAH & SARAWAK: RM 37 

ANTARA BENCI & RINDU

Perceraiannya dengan Yusrizal membawanya ke kota London. Lima tahun kemudian dia pulang semula ke tanah air untuk menabur bakti sebagai pensyarah di UUM. Pertemuan secara tak sengaja dengan bekas adik iparnya membuatkan hubungan dengan mertuanya kembali bertaut. Yusrizal yang tak ingin dilihatnya muncul kembali di hadapan matanya. Luka yang tak pernah sembuh semakin parah.

Demi menyelamatkan ibu tersayang, dia kembali semula kepada Yusrizal. Yusrizal yang telah berubah daripada seorang lelaki yang pemabuk, panas baran dan kaki perempuan kepada lelaki yang penyayang, gemar tersenyum dan sering mengusik telah membuatkannya keliru. Benarkah ini Yusrizal yang sama yang pernah dinikahinya lima tahun yang lalu?

Tatkala dia menerima Yusrizal semula, Daniel (kekasih lamanya) menagih cintanya. Dia yang mengetahui Daniel telah bertunang dengan Masyitah tidak sanggup melukakan hati seorang perempuan kerana dia pernah merasai betapa peritnya hati dilukai oleh seorang perempuan lain.

Namun kemunculan semula Anne, perempuan yang menjadi punca keretakan rumahtangganya dahulu benar-benar menguji keutuhan diri.

Dia berada di dalam dilema. Haruskah dia membiarkan sahaja apa yang ada di hadapan mata atau berundur diri tanpa mengambil kira kemahuan hatinya.

Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 19.00
SABAH & SARAWAK: RM 22.00  

Isnin, 10 September 2012

BUKAN CINTA MONYET

Kamal Ilham hadir ke dalam hidup Nurul Suhana dan uminya demi sebuah rahsia yang hanya Kamal Ilham seorang sahaja yang tahu. Hadirnya sebagai anak angkat kepada umi telah membawa sinar bahagia kepada mereka dua beranak.

Lapan tahun Kamal Ilham dan Nurul Suhana terpisah apabila Kamal Ilham melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekembalinya Kamal Ilham ke tanah air, Nurul Suhana yang baru menginjak ke usia tujuh belas tahun mula terusik dengan ketampanan Kamal Ilham. Hati remajanya mula berbunga cinta. Namun, kawan baiknya (Anita) mengingatkannya bahawa perasaan yang sedang memekar di dalam hatinya itu tak ubah seperti cinta monyet. Nurul Suhana pula yakin cintanya itu bukanlah cinta monyet.

Kehadiran Annetalia telah merobek hati Nurul Suhana yang menaruh harapan terhadap Kamal Ilham. 

Walaupun kedudukan Nurul Suhana agak istimewa di hati Kamal Ilham, dia yakin sayangnya pada Nurul Suhana  persis sayang seorang abang kepada adik sahaja. Dia memilih untuk menyedarkan Nurul Suhana dari lena yang indah dengan menyunting Annetalia sebagai tunangnya. 

Kecewa dengan pertunangan Kamal Ilham dan Annetalia, Nurul Suhana bertindak menjauhkan diri daripada Kamal Ilham. Tambahan pula dengan kejadian malang yang telah mencacatkan sebahagian tubuhnya. Nurul Suhana tenggelam di lautan kesedihannya yang tidak bertepi.

Mendung tidak selamanya memayungi hidup Nurul Suhana. Alvin hadir menceriakan hari-harinya. Semakin lama hubungan mereka berdua semakin rapat dan mesra. Ini telah menimbulkan perasaan cemburu di dalam hati Kamal Ilham.

Kamal Ilham mula sangsi dengan hatinya sendiri. Benarkah cinta itu boleh wujud tanpa batasan usia? Haruskah dia mengakui yang dirinya mencintai adik angkatnya itu? Bagaimana ingin diluahkan perasaannya itu sedangkan dia telah melukai hati Nurul Suhana. Sudikah Nurul Suhana menerimanya kembali setelah ada pengganti yang jauh lebih baik daripada Kamal Ilham?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 19
SABAH & SARAWAK: RM 22

CINTA SI IKAN BUNTAL DAN SI KAMBING LIAR

Permusuhan yang terjadi semenjak di zaman persekolahan berlarutan sehingga masing-masing sudah menginjak ke alam dewasa. Adam yang boroi mendapat gelaran si ikan buntal daripada Kamilia yang digelarnya kambing liar.

Keadaan semakin tegang apabila ibu Adam dan nenek Kamilia sepakat untuk menyatukan mereka dengan ikatan perkahwinan. Keegoaan Adam dan kecurigaan Kamilia menyebabkan mereka rela mengekang perasaan masing-masing yang sememangnya sudah bergetar di antara satu sama lain.

Kehadiran Doktor Khairyzan yang menagih kasih Kamilia menyebabkan Kamilia tersepit di antara dua pilihan. Sheila yang gigih meraih cinta Doktor Khairyzan menggunakan Adam demi mencapai matlamatnya. Masing-masing salah faham di antara satu sama lain. Adam ingatkan Kamilia cuba merampas Doktor Khairyzan daripada Sheila. Kamilia pula beranggapan Adam adalah teman lelaki Sheila.

Apakah kesudahan cinta si ikan buntal dan kambing liar ini? Berjayakah Doktor Khairyzan memperisterikan Kamilia? Berjayakah Sheila bersatu dengan Doktor Khairyzan? Adam? Siapakah yang bakal dipilihnya untuk menjadi suri hidupnya? Kamilia, si kambing liar ataupun Sheila?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 18
SABAH & SARAWAK: RM 21

IZINKAN MIMPI BERULANG

"Sebuah kisah tentang bagaimana seorang Fatimah mengharungi luka kehidupannya. Dengan percaya bahawa kesedihan itu adalah suatu seni kehidupan, dan kebahagiaan itu adalah fajar baru, dia membuka pintu hatinya untuk mengizinkan segala mimpi berulang kembali. Kembali menikmati sebuah kehidupan, sebuah percintaan."

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 18
SABAH & SARAWAK: RM 21

SEINDAH TAMAN RAUDAH

Raudah... seindah wajahnya, setulus luhurnya, seteguh cintanya pada arwah sang suami : Raffique.

Namun, ketenangan kolam hatinya mula tergugat dek kehadiran pengurus baru di pejabatnya, Encik Faizal. Raudah tidak betah berurusan dengan lelaki itu kerana wajah lelaki itu persis arwah Raffique. Tambahan pula Encik Faizal tertarik dengan keperibadian Raudah.

Hatinya yang walang diadukan kepada bapa mentuanya, Tan Sri Ayyub yang amat memahami.

Atas nasihat beliau, Raudah harus membuat keputusan yang paling penting di dalam sejarah hidupnya. Apakah keputusan yang bakal diambil oleh Raudah?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 18
SABAH & SARAWAK: RM 21

TENGGELAMNYA WARNA PELANGI

Bahagia hanya sementara. Kecewa perkara biasa. Ketakutan menutupi segalanya. Begitulah kehidupan Tengku Eidena Alaisya. Pertunangan dan perkahwinan yang terpaksa dilaluinya diterima dengan hati terbuka lantas menyayangi si suami sepenuh jiwa sehingga tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Mampukah bunga-bunga bahagia berkembang selamanya?

Izlan Zakrin, sang suami yang tidak tahu menghargai kejujuran dan kesetiaan sang isteri. Puncanya hanyalah salah faham. Tengku Hazryl yang dikejar penjahat, meminta tempat berlindung buat sementara waktu daripada Eidena Alaisya semasa Izlan Zakrin tiada di rumah. Malang tidak berbau, Izlan Zakrin terus menceraikan Eidena Alaisya sebaik sahaja mengetahui isterinya itu ditangkap berkhalwat dengan Tengku Hazryl. Adakah Eidena akan memaafkan dan kembali kepada Izlan Zakrin setelah kebenaran terbongkar? Adakah Eidena Alaisya akan bertemu dengan cinta sejatinya sendiri? Apakah takdir cinta mereka?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 17
SABAH & SARAWAK: RM 20

KAU MILIKKU

Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yang gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.

8 tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri. Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedari mereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai 'kekasih' Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yang terjadi kepada Dizyan menghalang hati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumahtangga yang dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dengan cemburu dan egonya, Dizyan dengan sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yang sempurna?

HARGA: 
SEMENANJUNG: RM 23
SABAH & SARAWAK: RM 26

M.A.I.D

Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifat cerewetnya itu, Noorul menggelar Harris Mr.F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk 'fussy' atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr.F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr.F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr.F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr.F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr.F melayari bahtera rumahtangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr.F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr.F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 26
SABAH & SARAWAK: RM 29

HADIRMU TAKDIRKU

Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati.

Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.

Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.

Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam... kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 18
SABAH & SARAWAK: RM 21  

Ahad, 9 September 2012

SESUCI KASIH SEORANG ISTERI

Dia bukan lelaki yang terbaik, dia sendiri mengakuinya namun entah mengapa Dia Yang Maha Kuasa sudi juga menganugerahkannya isteri semulia dan sesempurna Alishah. Sungguh dia bahagia didampingi bidadari dunia itu. Cintanya mendalam bersama janji setia hanya mahu bersama si dia hingga hujung nyawa namun takdir Tuhan siapalah yang tahu. Cintanya diuji dengan kehadiran insan ketiga yang langsung tidak pernah mendapat cintanya. Ya Allah Ya Rabb, dugaan apakah ini?

Isha,
Walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah menentukan segalanya.

Sofea,
Hadirmu bukan pintaku. Tolonglah, jelaskanlah segalanya padaku, mengapa kau sanggup memburu cintaku walau kita tidak pernah saling mengenal. Siapa aku sebenarnya padamu?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 19
SABAH & SARAWAK: RM 22

AKU, DIA & .COM

Angelberry yang menuntut di UiTM Kedah mula berkenalan dengan seseorang yang bergelar Takuya, yang juga belajar di tempat yang sama. Namun, hanya Angelberry yang mengetahui situasi yang sebenar. Mulai saat itu, Angelberry ingin mengetahui siapakah Takuya yang sebenarnya. Persoalan yang terjawab membuatkan Angelberry berpuas hati tetapi kerana sikap Takuya yang masih berterusan menghubungi Angelberry membuatkan Angelberry mula menyimpan syak wasangka. Ini kerana Takuya sudah pun mempunyai hubungan dengan kawan baik Angelberry sendiri iaitu Fazura.

Persoalan demi persoalan mulai timbul sehingga menemukan Angelberry dengan Mohd Hakimi. Masing-masing saling memendam rasa sehingga wujudnya sengketa.

Di alam siber, Yutaka pula muncul mencuri perhatian. An-nur yang dikenali di dunia maya juga memberikan semangat dalam kehidupan seharian. Kehadiran jejaka yang bergelar Luqman mungkinkah menjadi satu penawar?

Lalu, bagaimana dengan Takuya? Siapakah dia yang sebenarnya? Dapatkah Angelberry mengetahui siapakah lelaki tersebut? Adakah orang yang sama berkongsi nama dengan Si Yutaka? Dan Mohd Hakimi masih memendam rasa...

"Kalau dah suka, katakan saja!"

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 21
SABAH & SARAWAK: RM 24

BUKAN CINTA BIASA

"Meskipun tanpa lafaz cinta dan sayang... dirimu tetap bersemadi di lipatan hati selamanya..."

Nukilan karya sulung Izzul Izzati ini mengisahkan perasaan di antara tiga hati : Shahira, Anuar dan Azlisyam. Pertemuan Shahira dan Azlisyam di kampus mewujudkan persengketan di antara mereka tanpa mengetahui mereka sebenarnya sudah bertunang atas persetujuan dua keluarga. Lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dibangku sekolah hanya dihargai sebagai kawan baik. Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira dan Azlisyam runtuh di saat bahagia mengunjung tiba?"

HARGA: 
SEMENANJUNG: RM 18
SABAH & SARAWAK: RM 21

QANTAN BIRU LANGIT

Qantan Biru Langit hanyalah seorang gadis biasa namun dia berjaya mencuri pandang tiga orang lelaki yang berada di sekelilingnya iaitu Razif Khusaini, Khalid Zhafran dan Rafael Vivarte.

Sekental mana jiwa Qantan mengharungi kehidupannya, hatinya masih percaya bahawa suatu hari nanti dia akan ketemu juga dengan lelaki terbaik Malaysia yang bakal menjadi raja di dalam hidupnya.

Siapakah lelaki tersebut? Adakah pilot cabuk yang pernah ditunangkan dengannya sewaktu kecil bakal menemani hidupnya yang sunyi, atau Khalid Zhafran, pemain tenis terbaik dunia yang 'dingin beku' orangnya atau mungkin juga Rafael Vivarte yang mencuri pandang dari jauh untuk bertamu di laman hati Qantan.

Dapatkannya di pasaran untuk mengetahui siapakah lelaki terbaik Malaysia yang menjadi pilihan hati Qantan Biru Langit.

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 16
SABAH & SARAWAK: RM 19

POTRET WAJAH KEKASIH

Cinta Faris terhadap Haryani, kakak iparnya ibarat pelangi yang hadirnya menceriakan hati yang walang. Dia sentiasa menggantikan tempat abangnya, Nazrin yang sering memungkiri janji terhadap Haryani, hinggakan cinta Haryani terbahagi dua.

Kecelakaan jalan raya telah meragut segala memori Haryani, lalu Faris cuba menghapuskan memori duka Haryani bersama Nazrin dan menggantikannya dengan memori bahagia bersama dirinya.

Ketika Haryani melayari bahtera bahagia bersama Faris, ingatan Haryani pulih kembali. Bisakah Haryani menerima hakikat bahawa suaminya telah meninggal dunia dan dia sebenarnya mencintai adik iparnya sendiri?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 20
SABAH & SARAWAK: RM 23

CALON JODOH UNTUK ADIK

Calon Jodoh Untuk Adik membawa kisah keluarga Arissa yang penuh dengan drama, kalah Drama Minggu Ini! Azmer yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga setelah kematian orang tua mereka inginkan yang terbaik buat adik bongsunya, Arissa. Sementelah nyawanya tidak panjang akibat penyakit yang dideritainya. Bagi Arina pula, dia mahukan adiknya, Arissa berkahwin dengan orang yang berpangkat supaya hidup terjamin di masa hadapan.

Kisah bermula apabila Khairil Izlan (Ee) terheret ke dalam rancangan Azmer. 'Mengangkat' Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Khairil Izlan dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia! Mengenangkan itu adalah wasiat terakhir Azmer merangkap rakan baiknya, Khairil Izlan terpaksa akur dalam tak relanya itu. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ad sahaja 'tembakan peluru torpedo' yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee... Bersabar itu separuh daripada iman.

Arissa pula... sumpah! Hidup dia jadi tak tentu arah apabila Abang Azmer menyahut panggilan Ilahi. Pulak tu wajib menerima Abang Ee sebagai abang angkat. Memang dia mengamuk tahap gaban ketika itu. Abang Ee nak gantikan tempat Abang Azmer? Huh! Kirim salamlah awal-awal! Jangan harap dia terima Abang Ee! Tetapi, lama-lama dia boleh terima kehadiran Abang Ee apabila lelaki itu sering menolongnya sama seperti arwah Abang Azmer yang sentiasa berada di sisi Arissa apabila dia memerlukan seseorang dalam kehidupannya. Abang Ea taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik sebenarnya.

Arina pula mula tak sedap hati. Dia dah ada calon untuk digandingkan dengan Arissa. Fariz, berjawatan besar... sudah tentulah gajinya pun besar. Memang sesuai sangat untuk disatukan dengan Arissa. Cuma Arissa aje yang macam tak berkenan apabila kakaknya itu cuba rekomenkan dirinya dengan Fariz. Tapi, dia cuba berkawan dengan Fariz dulu. Ambil hati Kak Ina yang bersusah payah carikan calon untuk dirinya. Terus terang, Arissa cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada 'kakak' yang lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah. Sakitnya hati apabila Abang Ee berbaik-baik semula dengan Kak Maisarah kerana dia tahu, sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee. Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak 'madukan' mereka berdua? Abang Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 19
SABAH & SARAWAK: RM 22

SISA SEBUAH CINTA

Luka lama berdarah kembali apabila Ahmad Firasz kembali dalam hidup Renda. Kisah hitam yang disimpan kejap dalam kamus hidupnya kini terbongkar dek pengetahuan keluarga Ahmad Firasz. Kerana terpaksa, Renda dan Ahmad Firasz hidup bersama. Namun, ikatan pernikahan yang terbina tidak membawa apa-apa makna dalam kehidupan kedua-dua insan ini sebelum Ahmad Firasz mengetahui kebenaran kisah hitam yang dialami oleh Renda. Terbit rasa bersalah Ahmad Firasz terhadap Renda. Bagi melihat kebahagiaan Renda, dia telah mengambil keputusan untuk melepaskan Renda. Namun, tanpa pengetahuan Ahmad Firasz, keputusannya itu telah menghancurkan hati Renda yang telah mula menerimanya dalam hidupnya. Kerana kecewa, Renda pergi membawa diri ke Perancis. Di sanalah dia meneruskan hidup yang baharu sehingga menemukannya dengan Raihan Hasyri, insan yang sangat menyayanginya. Namun, mampukah kebahagiaan itu kekal dalam hidupnya? Apakah lagi yang bakal dihadapi oleh Renda?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 30
SABAH & SARAWAK: RM 33

IMAN SURAYA

Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Di Tanah Mahsuri, Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana sekadar mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri. Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dengan status berkawan. Sekembalinya ke tempat tinggal masing-masing, mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Suraya sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri kepada Azim dan Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti pada takdir cintanya yang dirasakan perit sekali.

Takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mungkin sudah tertulis bukan jodoh Suraya dengan Azim apabila tunangannya itu pergi mengadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki kesayangannya itu. Walau siapa pun yang datang, dia berusaha untuk terus kukuh setia bersama cinta arwah tunangannya. Iman pula, sekembalinya ke rumah, Iman masih dibelenggu oleh rasa cinta kepada si kakak iparnya yang dahulunya kekasih hatinya. Namun, seringkali juga kenangan bersama tunangan orang itu datang bertubi-tubi. Cinta tanpa isyarat. Datangnya tanpa sedar. Akur. Dia jatuh cinta untuk kali kedua.

Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin antara mereka. Namun, tingkah Suraya tidak lagi seperti dahulu yang banyak cakap, periang dan selamba tetapi kelihatan diam dan sedikit muram. Tetapi azam di dada, hati gadis itu harus dicuri lantas tidak menyedari di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana jatuh cinta padanya.

Susahkan? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan. Mujur ada 'Wonder Pets' yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka...

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 19
SABAH & SARAWAK: RM 22

KUPERCAYA ADA CINTA

Kupercaya Ada Cinta menyingkap kisah Hazz yang agak keterbelakangan dalam berfesyen serta digelar sebagai 'wanita sihir' oleh pelajar-pelajarnya di kolej disebabkan sikapnya yang tegas dan garang ketika mengajar.

Perjalanan hidupnya mula berputar tiga ratus enam puluh darjah selepas dia bertemu dengan Fakhri, seorang pereka fesyen akibat kemalangan sewaktu ingin ke tempat kerja. Mereka berdua bagaikan seteru dan berdendam di antara satu sama lain akibat kemalangan itu lalu terjadilah peristiwa yang mengaibkan Hazz sepanjang hidupnya hingga memaksa beliau menyaman Fakhri. Fakhri yang tidak mahu naik turun ke mahkamah rela dijadikan sebagai 'hamba tebusan' dengan syarat dia harus menukar imej Hazz dalam tempoh enam bulan.

Dalam masa yang sama, papaa Hazz dan mama Razznal ingin menyatukan mereka berdua. Tetapi Hazz tidak mahukan sebuah perkahwinan tanpa sebarang cinta. Razznal pula telah pun mempunyai 'kekasih gelapnya' - Gabriel. Kepada Witch (rakan chatting di alam maya) Razznal meluahkankan permasalahannya kerana hanya Witch yang bisa membuatkannya tertawa dan melupakan sementara tekanan hidupnya. Kepada Fakhri, Hazz meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap papanya yang mengongkong hidupnya.

Bagaimanakah kesudahan kisah Hazz? Siapakah jodohnya? Razznal? Fakhri? Atau Zaidib... pujaan hati Hazz secara senyap-senyap itu? Hmmm... bagaimana pula dengan Razznal? Adakah cinta songsangnya utuh bersama Gabriel? Siapakah identiti sebenar teman chatting Razznal di alam maya itu? Siapakah Witch sebenarnya?

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 20
SABAH & SARAWAK: RM 23  

KERANA C.I.N.T.A.

Kerana cinta, Hairi rela melepaskan kemewahan hidup demi melalui kehidupan serba ringkas bersama Salina yang amat dicintainya. Tetapi Salina telah pergi buat selama-lamanya setelah melahirkan tanda cinta mereka berdua : Farina.

Kerana cinta, Cinta ditinggalkan Hazriq yang lebih mencintai kerusi CEOnya daripada mempertahankan cinta mereka.

Kerana cinta, Hairi dan Cinta membawa diri ke Pulau Perhentian. Kerana cinta, mereka dipertemukan. Kerana cinta, mereka sekali lagi mengharungi dugaan hidup.

Namun mereka tetap menempuhnya dan mempertahankannya hanya KERANA C.I.N.T.A.

HARGA:
SEMENANJUNG: RM 16.00
SABAH & SARAWAK: RM 19.00